Di peringkat awal penubuhannya iaitu pada tahun 1999, SG Education Group mengorak langkah melalui penubuhan pusat latihan kemahiran yang pertama, SG Academy. SG Academy telah meraih pencalonan sebagai Pusat Kebangsaan untuk Akreditasi Vokasional, yang merupakan salah satu daripada pusat latihan swasta pertama yang mengendalikan kursus vokasional dalam bidang Teknologi Maklumat & Komunikasi di Malaysia. Pusat ini merangka dan membentuk kursus-kursus khas untuk beberapa sektor korporat dan swasta dan memiliki akreditasi bertaraf antarabangsa dari beberapa universiti terkenal di United Kingdom.
SG Education Group* merupakan sebuah pertubuhan pendidikan tersohor di Malaysia, yang memiliki beberapa Pusat Latihan Kemahiran Swasta yang menawarkan pelbagai kursus latihan kemahiran yang mengikut keperluan akreditasi Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), di bawah Kementerian Sumber Manusia (KSM).
Seni kulinari merupakan seni yang menonjolkan tatacara atau kemahiran yang mengetengahkan masakan dari tahap penyediaan sehingga ke penghidangan makanan. Perkataan ‘kulinari’ membawa maksud, atau dikaitkan dengan masakan. Ahli kulinari (culinarian) adalah mereka yang bekerja dalam bidang seni kulinari. Ahli kulinari yang bekerja di restoran kebiasaannya dikenali sebagai tukang masak atau chef. Pakar kulinari (culinary artists) bertanggungjawab menyediakan makanan dengan teknik penyajian makanan yang menarik dan kreatif. Mereka dikehendaki memahami sains dan nilai nutrisi dalam makanan yang disediakan. Mereka berkhidmat di restoran, delicatessen (stick to English), hospital dan institusi makanan yang lain. Persekitaran dapur adalah berlainan bergantung kepada jenis perniagaan, restoran, kafe, hotel, bar dan lain-lain lagi.
Pembantu Tukang Pemasak
Chef Eksekutif
Chef Eksekutif Pastri
Saintis Makanan
Line Cook
Pengurus Restoran
Pembantu Chef (Sous Chef)
Program Pengurusan Perkhidmatan Makanan dan Minuman (F&B) menawarkan pelbagai pendidikan khusus bagi pelajar yang berminat berkerja dalam industri tersebut. Program ini menawarkan kurikulum yang komprehensif diselaras bagi memastikan pelajar mahir dalam pelbagai aspek termasuk pengurusan dan penyelenggaran minuman, penjualan dan pemasaran serta seni kulinari. Kursus tersebut juga melengkapi pelajar dengan ilmu mengenai garis panduan dan piawaian berkaitan minuman, penjualan minuman alkohol secara professional serta pemasaran dan penyediaan wain yang sempurna. Selain itu, kursus ini menawarkan pengurusan sistem katering, sajian etnik dan serantau, wain dan minuman keras, fine dining dan kawalan kewangan dan perakaunan dalam operasi perkhidmatan makanan dan minuman.
Pengurus Bar
Barista (English)
Pengawal Kos Kewangan F&B
Pengurus Makanan & Minuman (F&B)
Pengurus Restoran
Sommelier
Steward (English)
Pelayan – Perkhidmatan F&B
Pelayan Wain
Sublot No.1 Parent Lot 208,
Block 14 Muara Tuang,
District Samarahan 94300,
Kuching, Sarawak.
Tel : +603 40411266 / 40411366 FAX : +603 40411566 E-mail : info@sgacademy.edu.my